. بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞
ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞
مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞
ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞
صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ '' غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞
Setiap penyakit ada penawar "
Ikhtiar . ."
Tawakkal pada Allah SWT "
Insya Allah "
Hubungi ana " jika ada sebarang pertanyaan "
0196890596 /0196565371 "
Kebaikan Urut.
Urut dapat melancarkan perjalanan darah yang keluar dan masuk pada daerah-daerah yang sakit dan mempercepatkan proses penyembuhan.
Urut dapat menggiatkan penghapusan sisa-sisa terpakai Metabolisma (adalah satu aturan dan tindak balas kimia yang mempengaruhi kelakuan, perasaan dalam penyenggaraan kehidupan manusia) yang terkumpul. Biasanya berlaku kerana barangan sisa-sisa latihan ia itu seperti Asid Laktik dan air kencing kotor. Ini boleh terlepas dan dalam pembinaan di dalam otot-otot. Penyebab berlakunya krem, kekejangan, sakit-sakit dan pembengkakan. Ini sering berlaku pada tisu-tisu lembut setiap selepas melakukan latihan-latihan olahraga.
Urutan memberi penyembuhan sakit-sakit dengan meregangkan tisu-tisu lembut dan pelepasan ‘Endorphins’ (bahan rembesan terus kedarah).
Dapat memperbaiki peredaran tenaga dan rangsangan pada tisu-tisu. Dapat menolong dari terjadinya tanda-tanda dalam tisu-tisu (Scar tissue). Tanda-tanda lama di tisu-tisu, otot-otot, tendon dan ligamen-ligamen yang di timbulkan oleh sesuatu kecelakaan lama, boleh disembuhkan dengan amat berkesan sekali.
Urut sepatutnya di lihat sebagai satu perubatan pencegahan. Ia sangat baik mencegah penyakit daripada terus memburuk. Ia sepatutnya dilakukan secara kerap seperti melegakan penyakit sengal-sengal badan dan lain-lain penyakit yang boleh menjadi lebih buruk lagi. Kebanyakan olahragawan dan olaragawati berurut untuk mententeramkan dan melegakan jiwa sebelum sesuatu acara yang penting.
No comments:
Post a Comment